Thursday, May 13, 2010

E-Mel Bahasa Malaysia


Stumbled across this old piece of email I wrote to my ex class mates in 2004 on one of our many gatherings. Haha never knew I can write so much crap in BM. Oh wait, I do it day in day out for a living. Hm.

Sila nikmati:)

---------


Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Saya merujuk kepada perkara di atas yang telah dilangsungkan dengan
berjayanya semalam di Restoran Tai Seck.

Pertama sekali, saya ingin memaklumkan bahawa disebabkan dengan permintaan
yang tinggi saya sekali lagi mengutus emel ini dalam bahasa kebangasaan kita
iaitu Bahasa Malaysia.

Ingin saya rakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan-tuan dan Puan-puan
sekalian kerana sudi meluangkan masa anda untuk berjumpa dengan rakan-rakan
seperjuangan yang telah kian lama tidak menghubungi. Jika tidak silap, kali
terakhir kelas kami mengadakan perjumpaan sebesar ini adalah di Condo
D'iaman Ria di mana lebih kurang 17 orang rakan telah hadir, termasuk rakan
Adi dan juga Anri yang telah kian lama tidak berjumpa sebelum itu! Pada
perjumpaan semalam, 21 rakan kelas telah hadir, dan rakan Kar Shian malah
telah membawa temannya sekali untuk diperkenalkan kepada rakan-rakan semua.
Kami semua gembira berkenalan dengan Juliana dan semoga hubungan anda akan
dirahmati Tuhan.

Daripada 21 rakan yang hadir, Siew Fern lah yang merupakan orang yang paling
"dirindui" kerana memang telah lama tidak berjumpa dengan beliau. Saya
sendiri telah langsung putus hubungan dengan beliau sejak meninggalkan
bangku sekolah 8 tahun dahulu.Beliau masih kelihatan sama seperti dahulu
(sila buat interpretasi sendiri) jadi adalah mudah untuk dicam! Beliau
sedang bekerja di PWC sekarang.

Salah seorang tetamu penting semalam adalah Kak Mandy. Perjumpaan semalam
dengan secara kebetulannya merupakan hari sebelum harijadi beliau. Dan
rakan-rakan sekalian telah menyambut harijadi beliau (sehari awal!) dengan
membelikan satu kek Chocolate Cofee yang dipilih oleh rakan Andy atas
nasihat rakan Pei Sing (sila rujuk apa-apa tuduhan kepada mereka jika
terdapat kes keracunan makanan) dan terkejutnya kami apabila difahamkan
bahawa Kak Mandy hanya berumur 1 tahun. Mudanya Kak kita ini.

Rakan Andy kita pula kini sedang mengukur tanah dalam rumahnya di DJ. Akan
tetapi ini tidak akan berterusan kerana saya difahamkan beliau akan bermula
kerja barunya dengan SHELL bermula 7.12.2004. Bersama beliau adalah rakan
Fern-Fern yang juga telah mendapat kerja baru di SHELL juga. Saya telah atas
arahan rakan-rakan lelaki yang lain mengingatkan rakan Andy untuk merakamkan
gambar-gambar gadis-gadis muda-jelita yang terkenal di SHELL. Dan jika
terdapat sebarang pertanyaan mengenai tambang terkini petroleum di Malaysia
sila hubungi mereka berdua!

Terdapat banyak antara rakan-rakan kita yang menceburi bidang penghitungan/
accounting ataupun dalam bidang yang berkaitan. Seperti rakan Pei Sing, Siaw
Ling (yang tidak dapat hadir), Siew Fern, Yih Chwin, Wai Fun (yang sekali
lagi telah menukar kerjanya!) Kar Shian, Siok Voon, Sue Hooi (?) semua
terlibat sama secara terus dalam bidang tersebut ataupun bekerja di
institusi kewangan/ badan korporat dalam bahagian pengiraan dan perhitungan.
Ini menunjukkan kaum Ramin1996 kita ini adalah suatu kaum yang cerdik dan
pandai.

Terdapat suatu perjumpaan yang terharu juga di mana 2 orang adik beradik
yang telah lama berpisah telah berjumpa semula iaitu saudara Ang dan rakan
Ng Boon Yeaw. Saudara Ang masih kelihatan pucat seperti biasa dan rakan Ng
kini merupakan seorang....a........a.....
.....peniaga? haha sila beri
penjelasan lanjut, Rakan Ng.

Rakan Chew yang merupakan salah satu daripada jumlah kecil rakan kita yang
terlibat dalam bidang kejuruteraan, semalam memungkiri janji kerana tidak
memandu kereta Ferari beliau. Beliau juga sihat belaka dan tidak langsung
berubah seperti dulu!

Rakan Soon Ee kini sudah lebih menghampiri tahap kejayaan! Perniagaan
Restoran Tai Seck beliau kini sudah matang, dan beliau mempunyai cita-cita
untuk beralih ke perniagaan lain! Memang seorang pengusaha perniagaan yang
cemerlang! Dan rakan-rakan lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan Soon Ee kerana sudi meminjamkan tempat "cari-wang" anda untuk
menempatkan 19 ekor binatang bising (tidak termasuk saya) untuk perjumpaan
semalam. Dan kami pasti akan mengesyorkan tempat anda kepada kawan-kawan
lain dan semoga perniagaan anda bertambah maju! Dan perbelanjaan semalam
sungguh murah dan saya percaya ia adalah berkaitan dengan rakan Soon Ee yang
tentu sudah memberi diskaun rakan kepada kami!

Rakan Chee Siong semalam nampak sunyi sahaja mungkin kerana beliau berasa
letih selepas habis peperiksaan semalam. Rakan Chee Siong merupakan
jurugambar bagi kebanyakan sesi semalam dan jika terdapat gambar-gambar
uyang tidak cantik, sila hubungi beliau!

Rakan Chooi Ting, tidak sempat banyak bersembang dengan beliau. Difahamkan
beliau bekerja di syarikat "healthcare"? Tapi beliau juga tidak banyak
berubah, seperti dahulu. Dan ya Chooi Ting, saya ada kuasa telepatik untuk
membaca minda anda dan sebab itu saya berjaya memperolehi nombor telefon
anda!

Rakan Poh Lyn juga hadir dengan ceria. Beliau bekerja di syarikat Malaysian
Oxygen Berhad dan juga tidak banyak berubah. Terlupa untuk bertanyakan
status beliau kini kerana saya difahamkan melalui kuncu-kuncu saya bahawa
beliau kini dalam suatu hubungan erat dengan sesorang. Haha kita akan tahu
suatu hari kelak.

Rakan Pooi San juga sihat belaka. Beliau baru pulang dari Sydney dan
Shanghai! Sayangnya gambar-gambar tidak sempat diproses dan harap dapat
lihatnya lain kali!

Rakan Yih Chwin ditimpa suatu peristiwa malang (sila benarkan saya
memaklumkannya sebagai suatu amaran kepada yang lain) iaitu beg beliau telah
dicuri miggu lepas dalam suatu kes "snatch-thieve". Ini bukan merupakan kes
biasa kerana pencuri yang terlibat telah menggunakan kereta dan bukanna
motosikal semasa merampas beg rakan Yih Chwin. Nasib baik rakan Yih Chwin
sempat melepaskan beg tersebut dan tidak mengalami apa-apa kecederaan. Jadi
kepada semua rakan-rakan terutamanya rakan wanita, sila berhati-hati semasa
di luar, dan sila berwaspada terhadap kereta juga (dalam kes Yoh Chwin,
sebuah kereta WAJA).

Rakan Lew kini bekerja di 1Utama New Wing dan saya percaya rakan semua akan
bertembung dengan beliau dengan lebih kerap! Oh, beliau baru sahaja
memaklumkan bahawa terdapat Pameran Kereta Mewah di 1U dan sesiapa yang
berminat sila kunjungi 1U minggu ini ya!

Memang pelik kerana dalam kelas kita masih tidak terdapat sesiapa yang telah
berkahwin. Tiap-tiap tahun dalam perjumpaan kami, kami semua akan adakan
pertandingan meneka siapa yang akan berkahwin dahulu, dan tahun ini juga
tidak berkecuali. Saya difahamkan bahawa calon utama masih Hui Fern, diikuti
oleh rakan Kar Shian. Rakan Ng Boon Yeaw juga telah membuat perjanjian
bahawa beliau akan mengumumkan pertunangan beliau pada tahun hadapan
(walaupun siapa gadis malang tersebut masih tidak dapat dikenalpasti haha).
Ada juga rakan-rakan yang mencaolnkan rakan Wye Luon, rakan Fern-Fern, rakan
Wen Feng (fast lane!) dan lain-lain. Harap suatu keputusan dapat dicapai
secepat mungkin kerana kelas kami ini memang ketinggalan sangat jauh dalam
kategori pasangan berkahwin ini berbanding kelas yang lain! Sil berusaha
dengan lebih gigih rakan-rakan sekalian!

Bagi saya pula, ramai antara anda semua yang maklum bahawa saya akan
mengikuti jejak rakan-rakan Sue Hooi, Kar Shian, Yee Siang, Soon Chern (ya
kedua-dua mereka masih di sana!) dan berangkat ke Sydney untuk melanjutkan
pelajaran saya. Saya ingin berkata bahawa setelah lebih kurang 2 tahun
menceburi bidang ini di Malaysia, terdapat terlalu banyak benda yang berbeza
dan bercanggah dengan pendirian saya. Oleh itu saya fikir adalah wajar saya
mengambil masa untuk memikirkan jalan saya dan peluang untuk mengaji di
Australia diharapkan akan membantu saya dalam carian saya tersebut. Ah dan
saya inginkan pertolongan rakan Siok Voon untuk mengenalpasti tempat-tempat
yang saya boleh pergi karaoke di Sydney haha! Rakan Siok Voon, sila beri
tunjuk ajar!

Secara kesimpulannya, perjumpaan kali ini adalah sunggun berjaya dan saya
percaya semua rakan-rakan menikmati setiap saat tersebut. Sila maklum bahawa
tahun ini merupakan tahun ke-8 kami tamat sekolah menengah. Pada ulangtahun
ke10 kami ingin mengadakan perjumpaan dalam skala sebesar mungkin, ya! Oleh
itu, kerjasama rakan-rakan semua adalah diperlukan untuk memberikan saya
alamat dan/atau nombor telefon dan/atau alamat emel yang TERKINI supaya saya
dapat membuat suatu database. Jika terdapat apa-apa penukaran sila maklumkan
saya juga di chcher@gmail.com, atau chcher@yahoo.com .

Jika pada mana-mana masa sesiapa yang ada masa lapang, ajaklah rakan-rakan
lain untuk keluar untuk suatu teh tarik!

Sekian terima kasih.

Wednesday, May 5, 2010

Gaga-mania!

Gaga-mania is sweeping the planet! haha

In case you donno who or what Lady Gaga is, er i suggest u just stay that way. Otherwise, u will be infected with this Gaga disease just like the one the creeps in the below video !So, Run before its too late!




PS: jokes aside, i think it was quite a standout performance, no?